Daftar SSM Online

Daftar SSM
Pendaftaran SSM Online bagi Peniaga Baru

 

Khusus buat mereka yang baru mulakan perniagaan, anda mesti keliru mahu membuat pendaftaran lesen perniagaan SSM online sama adaĀ  Pemilikan Tunggal atau Perkongsian. Mungkin anda keliru dengan syarikat enterprise, ciri-ciriĀ  dan perbezaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Dan anda tidak tahu untuk mendaftar SSM bagi perniagaan.Ā  Jangan risau, kerana dalam artikel iniĀ  kami akan jelaskanĀ  panduan pendaftaran SSM online. Bagaimana daftar SSM online ezbiz, syarat daftar SSM, dan SSM daftar online dan apakah jenis perniagaan yang boleh didaftarkan di SSM.

 

Panduan pendaftaran SSM bagi peniaga baru

Syarikat Enterprise mempunyai 2 jenis pemilikan jadi sebelum mendaftar perniagaan di SSM anda wajib ketahui perbezaan Milikan Tunggal dan Perkongsian.

 

Di bawah enterprise terdapat 2 jenis pemilikan iaitu Milikan Tunggal dan Perkongsian.

 

Milikan Tunggal

Antara ciri milikan tunggal :

Perniagaan yang didaftarkan menggunakan nama seperti di Kad Pengenalan. Sebagai contoh, Ali Bin Abu.
Pemiliknya adalah seorang sahaja, iaitu empunya nama.
Segala modal, keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh pemiliknya.

 

Pemilikan Perkongsian

 

Berikut merupakan ciri-ciri perniagaan perkongsian :

Pemilikan perkongsian yang boleh didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari 2 orang sehingga 20 orang dalam satu syarikat.
Segala keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh bersama rakan perkongsian.
Selain berkongsi modal, turut berkongsi pengalaman, kepakaran, dan pengetahuan di dalam syarikat.

 

Ok, sekarang anda sudah ketahui perbezaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Sekarang anda juga perlu ketahui kelebihan dan kekurangannya pula.

 

Kelebihan Milikan Tunggal
Mudah ditubuhkan.
Modal yang kecil.
Mudah diuruskan.
Bebas menguruskan perniagaan.
Cukai perniagaan adalah rendah.
Cukai dikenakan atas individu.

 

Kekurangan Milikan Tunggal
Diurus oleh individu persendirian.
Sukar berkembang disebabkan modal yang kecil.
Perniagaan tidak diteruskan jika pemilik meninggal dunia.
Sukar berkongsi kepakaran.
LiabilitiĀ  terhad.

 

Perkongsian

Kelebihan perniagaan perkongsianĀ :
Modal menjadi besar apabila digabungkan bersama rakan perkongsian.
Mudah ditubuhkan.
Risiko perniagaan dikongsi bersama.
Cukai yang rendah.

Kekurangan perniagaan perkongsianĀ :
Penamatan perniagaan boleh berlaku bila-bila masa jika salah seorang ahli meninggal dunia.
Perselisihan faham antara rakan kongsi.
Setiap keputusan mestilah mendapat persetujuan bersama.
Liabiliti tidak terhad.

 

Jika anda sudah ketahui kelebihan, kekurangan antara Milikan Tunggal dan Perkongsian. Anda sudah boleh mula mendaftar perniagaan bersama kami.

 

Staff kami akan memberikan respon di whatsapp bagi layanan urusan pendaftaran ssm online tersebut.

 

Daftar EzBiz SSM online

Sebelum anda berjaya membuat pendaftaran SSM online, ada bahagian penting sebelumnya iaitu di bahagian daftar Ezbiz.

 

Apa itu EzBiz?

Pendaftaran perniagaan secara atas talian yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Membolehkan pengguna melakukan pendaftaran baharu, mendaftar perubahan, memperbaharui dan menamatkan pendaftaran perniagaan.

 

Bagaimana untuk menggunakan SSM Ezbiz Online?

Kunjungi laman web kami untukĀ urusan pendaftaran SSMĀ .
Semua pemilik perniagaan / rakan kongsi mesti mendaftar dan disahkan sebagai pengguna Ezbiz Online.

Panduan cara daftar SSM secara online

Pendaftaran boleh dilakukan dengan 2 jenis pemilikan perniagaan iaitu atas nama sendiri atau pilihan lain dengan nama perniagaan dagangan Komersial.

Sebagai contoh Abu Bin Ali. Nama yang digunakan adalah nama seperti dalam kad pengenalan ini adalah nama peribadi yang digunakan. Pemilihan nama menggunakan Kad Pengenalan mudah kelulusannya, berbanding dengan nama dagangan komersial untuk mendaftar perniagaan baru.

Manakala nama dagangan Komersial pula seperti Restoran Selera, Maju Kontraktor, dan Nirmala Trading dan Services. Kesimpulannya, anda perlu tahu dahulu untuk pemilihan nama sebelum daftar SSM online.

Jenis/aktiviti perniagaan berdaftar mestilah sesuai dengan nama perniagaan.

Cawangan perniagaan berdaftar (jika ada) mestilah tidak sama dengan alamat perniagaan utama dan mana-mana cawangan lain.

 

Bagaimanakah jika saya tidak tahu membuka akaun Ezbiz?

Staff kami akan membantu anda dengan urusan pendaftaran perniagaan SSM.

 

Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran SSM Online?

Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

Kad Pengenalan bahagian depan
Kad Pengenalan bahagian belakang
Gambar anda memegang bersama Kad Pengenalan (iaitu dengan cara anda bergambar dengan Kad Pengenalan secara jelas memaparkan muka anda)
Dokumen sokongan lain seperti Lesen Memandu, Sijil Nikah, Sijil Lahir,Ā  Bil Api dan Elektrik (hanya salah satu sahaja)

 

Berapa lama saya perlu menunggu kelulusan untuk Daftar SSM Online?

Kelulusan 2 hingga 5 hari bekerja. Ianya bergantung pada pegawai yang meluluskan.

Sekiranya pendaftaran SSM online telah diluluskan :

Anda akan menerima email daripada pihak kami dan menandakan perniagaan anda berjaya didaftarkan dalam sistem Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM). Sijil SSM yang telah lulus akan diberikan dalam emel dan whatsapp dalam format PDF dengan kadar segera.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Daftar SSM Online”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart