Renew SSM

Renew SSM Online / Pembaharuan SSM

Untuk memperbaharui pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM

  1. Permohonan Pembaharuan Perniagaan boleh dilakukan secara atas talian (Online).
  2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.
  3. Perniagaan yang telah tamat melebihi 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula  perniagaan tersebut.

Isi Borang Pembaharuan:

Isi borang perbaharui ssm dengan maklumat yang terkini dan tepat mengenai perniagaan anda. Pastikan untuk memasukkan semua butiran yang diperlukan.

Jika pelanggan pertama kali mendaftar akaun EzBiz SSM,

  1. Staf incharge Akan mendaftarkan akaun EzBiz untuk pelanggan jika pelanggan belum mempunyai akuan EzBiz serta meminta dokumen tambahan untuk membuat akuan EzBiz terlebih dahulu, dokumen tambahan adalah seperti (gambar kad pengenalan depan/belakang, gambar muka sedang memegang kad pengenalan, 1 gambar dokumen sokongan seperti lesen memandu atau sijil lahir atau sijil nikah).
  2. Staff incharge juga akan meminta pelanggan memilih tarikh Dan masa janjitemu sesi video call bersama pegawai SSM Untuk proses verifikasi.
  3. Selepas verifikasi selesai, pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
  4. Sijil SSM yg telah diluluskan Akan dihantar ke emel pelanggan Dalam format PDF.

Sahkan dan Hantar Permohonan Pembaharuan:

Setelah anda selesai mengisi borang perbaharui ssm secara online, semak semula maklumat yang telah dimasukkan dan pastikan semuanya betul. Kemudian, ikuti panduan dalam sistem untuk menghantar permohonan renew ssm online tersebut.

Sijil SSM & Maklumat Perniagaan di hantar melalui Email & Whatsapp dalam format PDF.

Shopping Cart